sebagai catatan pribadi aktiviti baru 'kayuh basikal'. juga getaran rasa sepanjang kayuhan....... tentunya juga apa ada dikiri kanan sepanjang kayuhan. tentunya berbagai ragam manusia dan peristiwa sepanjang perjalanan kayuhan yang mungkin tidak dapat ditangkap gerak rasanya jika bukan dengan 'kayuh'. tentunya gerak denai tidak sama dengan jalan berturap, tentunya cerita lorong dan lurah tidak sama dengan lebuhraya yang lorongnya 3.

Friday 21 November 2008

KAYUHAN REKREASI 1

Hari ni hujan renyai renyai.....Ah Kwang ajak pi kayuh kat Gunung Jerai. Rasa tak larat nak pi. Tapi jiwa kayuhan tetap membara. Ambik basikal, kayuh juga....tapi pusing pusing sekitar Alor Setar je........Cuaca tak panas 'best' sekali. Nampak dihujung sana, Bukit Wang masih diselubungi kabus pagi.

Kebetulan lalu dekat rel keretapi dekat Anak Bukit. Ambik gambar kawasan sekitar rel keretapi yang sangat cantik terutamanya pokok pokok besar. Apapun ianya akan hanya jadi kenangan apabila landasan berkembar yang memusnahkan lanskap yang terbina lama sejak sebelum merdeka lagi.......Situasi ini bukan sahaja berlaku di Anak bukit tapi diseluruh negara. Sayang sekali...... Terkorban atas nama pembangunan.

Dah sampai pintu gerbang Istana Anak Bukit. Rasa rugi tak ambik gambar kat sini. Cantik, baru siap tahun lepas. Istana yang baru dibaik pulih luar dalam. Katanya hampir 62 juta belanja.
Gah sekali pintu gerbangnya......hebat juga MERIDA yang mengawal disebelahnya.

Tak percaya......tengok secara dekat.

Pandangan depan pintu gerbang dari celah kangkang si MERIDA.
Putra Jaya Kedah.....Projek BN dulu, tak sempat 'merasa' bila tewas pada PRU 12 yang lalu. Bakal diduduki pimpinan baru. Tak tau berapa lama dapat "merasa'. ......Kawasannya luas, meliputi kiri dan kanan jalan. Keluasannya mungkin 10 kali ganda daripada gambar yang dipaparkan.

Sedihnya tengok istana lama yang terbiar......

Sempat singgah di rumah Tun Dr Mahathir. Rumahnya yang dibelakang tu, bukannya yang hampir dengan pagar ni.....Ini merupakan kediaman beliau dahulu dan sekarang bila beliau kembali ke Kedah. Rumah kelahirannya terletak betul betul di pekan Alor Setar dan telah dijadikan Muzium. Rumah ini jaraknya lebih kurng 10 km dari Alor Setar. Di depannya terdapat lapangan terbang utama negeri Kedah.

Sungai Anak Bukit.......Bersih?, tengok dalam gambar je. Sebenarnya sangat kotor, fungsinya tak lebih sebagai longkang besar. Bayangkan 10 tahun lagi.

Sempat ambik gambar 'homestay' yang terdapat di kawasan sawah padi. Tak sangka pula ada disitu yang merupakan kawasan kampung, Kampung Alor Ganu.

Ada empat buah semuanya......elok juga kalau dijadikan sebagai persinggahan MTB. Didepannya sungai yang diseberangnya terletak rumah TDM.....Sungai didepannya segan nak ambik gambar, takut kotor blog ni......Kenapa la depa tak jaga.

Ada jambatan kecil yang hampir runtuh...... Mungkin akibar banjir.......Tengok, sempat lagi 'snap' gambar.....Takut juga kalau kalau 'handset' yang merupakan kamera ni jatuh, lagi lagi kalau basikal jatuh, lebih lebih lagi kalau sekali dengan tuannya jatuh........fuh, akhirnya selamat sampai keseberang.

Sejuk mata memandang dan sangat mendamaikan suasana di Kampung Alor Ganu ni...

Akhirnya pusing balik sampai ke pintu gerbang istana semula. Tersandar keletihan sebentar.....Tengok jaraknya, boleh tahan juga......Hampir 38 km.


Sunday 16 November 2008

BAKAL PERINTIS

pagi ni 'berkelah' sarapan pagi di taman rimba. pusat rekreasi dekat rumah je......anak sulung ber'posing' dengan basikal sulung.

masih takut takut nak pegang MERIDA TFS 500 ni........'ibu'nya di belakang tersenyum sumbing je tengok hobi baru ayahnya.

Wednesday 12 November 2008

HUJAN KA TAK HUJAN

nak pi mana ni........tadi dah janji dengan 'le ah kwang and the gang' nak kayuh petang ni. tiba tiba mendung, batal. terlanjur dah 'ready' terus kayuh sorang sorang. taman rimba, taman uda dan apa lagi seperti biasa la...bendang. terlanjur sorang sorang ambik la sekeping dua gambar sepanjang 'track' disini yang sememangnya sangat cantik.






dengar azan......maghrib, terus balik

Friday 7 November 2008

KAYUHAN BUKIT PERAK

pagi yang berkabus. cadangnya untuk berkayuh di bukit perak. lebih kurang 15 km je. tapi 'track' katanya sangat mencabar, apatah lagi sekarang musim hujan. tak tau la. ini merupakan pengalaman 'off road' pertama sepanjang berkelana dalam dunia mountain bike. baru sebulan je.
jentera dua tayar 'berposing' disamping jentera 4 roda yang setia berkhidmat kepada tuannya

fuh....dah mula ni. bersemangat konon. le ah kwang dibelakang tersenyum sinis je. tak percaya ka

dah 'ready' ni nampak. memegang 'handle' basikal dengan kemas sekali. gempak je ni

aikk.....apa ceta ni. terus gambar mandi dengan basikal je. jangan tak tau. tak ambik gambar langsung masa kayuh tadi. mula kayuh dah pancit. tak larat tak tau nak habaq. tak dak 'mood' langsung nak tangkap gambar. bukan aku tak hebat, tapi masalahnya depa lebih hebat.
jangan tak tau....tadi hampir hampir pengsan dikemuncak tertinggi 'off road'. sampai baring buang 'helmet', buang baju, buang kasut, nasib baik tak buang seluar. nasib baik la ada dua orang 'sifu' bagi semangat, soo beng dan cikgu sek hutan kampung. kata mereka tak jauh lagi dah, nak sampai dah. kata nak sampai dah, tengok tengok dekat 5 km.

basuh, jangan tak basuh......fuh, 'track' tadi mengancam sungguh, sampai tak nampak rupa basikal

ni la cikgu sek hutan kampung tu. orang lama yang masih baru dalam arena ni. tapi staminanya tak payah cakap. tip top.

dah siap basuh. fuh....macam dekat kedai basikal berkilatnya

ini la 'sifu' soo beng, 'towkey' kedai basikal. sedang melihat anak buahnya basuh basikal ataupun dok tengah pikiaq nak 'rekemen' basikal baru

le ah kwang sedang ber'posing' dalam perjalanan balik. masih tersenyum macam mula mula mai tadi. katanya 'track' ni tak mencabar langsung....fuh. cantik gambar ni, kombinasi alam dengan senyuman

gambar kayuhan balik. penat ni. tengok, muka pun dah senget sebelah...........apa pun terima kasih semua. satu pengalaman yang bukan boleh dibeli, hanya empunya diri yang tahu nilainya. kayuhan ini juga mengajar erti kawan dan persahabatan tanpa mengira bangsa dan status, tanpa mengira amatur atau pro, tanpa mengira siapa yang menang dan siapa yang kalah. terima kasih tuhan yang menganugerahkan pengalaman ini. 'kita anak semua bangsa', kata pramoedya ananta toer. kita semua anak bangsa malaysia. hargai dan jagalah.