Kebetulan lalu dekat rel keretapi dekat Anak Bukit. Ambik gambar kawasan sekitar rel keretapi yang sangat cantik terutamanya pokok pokok besar. Apapun ianya akan hanya jadi kenangan apabila landasan berkembar yang memusnahkan lanskap yang terbina lama sejak sebelum merdeka lagi.......Situasi ini bukan sahaja berlaku di Anak bukit tapi diseluruh negara. Sayang sekali...... Terkorban atas nama pembangunan.
Gah sekali pintu gerbangnya......hebat juga MERIDA yang mengawal disebelahnya.
Dah sampai pintu gerbang Istana Anak Bukit. Rasa rugi tak ambik gambar kat sini. Cantik, baru siap tahun lepas. Istana yang baru dibaik pulih luar dalam. Katanya hampir 62 juta belanja.
Tak percaya......tengok secara dekat.
Putra Jaya Kedah.....Projek BN dulu, tak sempat 'merasa' bila tewas pada PRU 12 yang lalu. Bakal diduduki pimpinan baru. Tak tau berapa lama dapat "merasa'. ......Kawasannya luas, meliputi kiri dan kanan jalan. Keluasannya mungkin 10 kali ganda daripada gambar yang dipaparkan.
Sedihnya tengok istana lama yang terbiar......
Sempat singgah di rumah Tun Dr Mahathir. Rumahnya yang dibelakang tu, bukannya yang hampir dengan pagar ni.....Ini merupakan kediaman beliau dahulu dan sekarang bila beliau kembali ke Kedah. Rumah kelahirannya terletak betul betul di pekan Alor Setar dan telah dijadikan Muzium. Rumah ini jaraknya lebih kurng 10 km dari Alor Setar. Di depannya terdapat lapangan terbang utama negeri Kedah.

Sungai Anak Bukit.......Bersih?, tengok dalam gambar je. Sebenarnya sangat kotor, fungsinya tak lebih sebagai longkang besar. Bayangkan 10 tahun lagi.
Sempat ambik gambar 'homestay' yang terdapat di kawasan sawah padi. Tak sangka pula ada disitu yang merupakan kawasan kampung, Kampung Alor Ganu.
Ada empat buah semuanya......elok juga kalau dijadikan sebagai persinggahan MTB. Didepannya sungai yang diseberangnya terletak rumah TDM.....Sungai didepannya segan nak ambik gambar, takut kotor blog ni......Kenapa la depa tak jaga.
Ada jambatan kecil yang hampir runtuh...... Mungkin akibar banjir.......Tengok, sempat lagi 'snap' gambar.....Takut juga kalau kalau 'handset' yang merupakan kamera ni jatuh, lagi lagi kalau basikal jatuh, lebih lebih lagi kalau sekali dengan tuannya jatuh........fuh, akhirnya selamat sampai keseberang.