




jangan tak tau....tadi hampir hampir pengsan dikemuncak tertinggi 'off road'. sampai baring buang 'helmet', buang baju, buang kasut, nasib baik tak buang seluar. nasib baik la ada dua orang 'sifu' bagi semangat, soo beng dan cikgu sek hutan kampung. kata mereka tak jauh lagi dah, nak sampai dah. kata nak sampai dah, tengok tengok dekat 5 km.
ni la cikgu sek hutan kampung tu. orang lama yang masih baru dalam arena ni. tapi staminanya tak payah cakap. tip top.
dah siap basuh. fuh....macam dekat kedai basikal berkilatnya
ini la 'sifu' soo beng, 'towkey' kedai basikal. sedang melihat anak buahnya basuh basikal ataupun dok tengah pikiaq nak 'rekemen' basikal baru
le ah kwang sedang ber'posing' dalam perjalanan balik. masih tersenyum macam mula mula mai tadi. katanya 'track' ni tak mencabar langsung....fuh. cantik gambar ni, kombinasi alam dengan senyuman
gambar kayuhan balik. penat ni. tengok, muka pun dah senget sebelah...........apa pun terima kasih semua. satu pengalaman yang bukan boleh dibeli, hanya empunya diri yang tahu nilainya. kayuhan ini juga mengajar erti kawan dan persahabatan tanpa mengira bangsa dan status, tanpa mengira amatur atau pro, tanpa mengira siapa yang menang dan siapa yang kalah. terima kasih tuhan yang menganugerahkan pengalaman ini. 'kita anak semua bangsa', kata pramoedya ananta toer. kita semua anak bangsa malaysia. hargai dan jagalah.





3 comments:
....ya
saudara don,tahniah kerana mempunyai hobi yg sihat.
menariklah...bila aktiviti ni akan di jalnkn lg ya
Post a Comment